Vaksin Covid-19 selamat, tak boleh dipilih - Utusan Malaysia

Vaksin Covid-19 selamat, tak boleh dipilih

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan sekali lagi memberi jaminan vaksin Covid-19 yang akan diberi dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan adalah selamat.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, ini bertepatan dengan polisi kerajaan yang menjamin keselamatan vaksin yang diluluskan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Menurutnya, disebabkan itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menawar diri menjadi antara yang pertama disuntik.

“Rakyat tidak boleh pilih vaksin dan individu itu hanya akan dimaklumkan lokasi, tarikh dan masa untuk temu janji disuntik oleh Kementerian Kesihatan.

“Apabila mahu disuntik, apa sahaja vaksin yang ada ketika itu, vaksin itulah yang akan diberi. Saya beri jaminan, vaksin itu adalah selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar mengenai penyelarasan Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) secara maya di sini hari ini.

Sebelum ini, Khairy memberi jaminan vaksin Covid-19 yang dibeli Malaysia adalah selamat kerana sudah diuji secara klinikal kepada puluhan ribu orang sebelum ini.

“Saya ingin tegaskan vaksin itu sudah diuji secara klinikal kepada puluhan ribu orang maka ia tidak perlu diuji lagi.

“Harus diingat Malaysia bukan negara pertama menerima vaksin Covid-19 dan kita tidak dengar ada isu vaksin dan masalah kesihatan atau kesan sampingan negatif,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya