UMT bantu mantapkan PdPR 54 sekolah angkat - Utusan Malaysia

UMT bantu mantapkan PdPR 54 sekolah angkat

Nor Aieni Mokhtar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menerusi Pusat Asasi Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bersiap-siaga membantu melancarkan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) membabitkan kesemua 54 sekolah angkatnya di negeri ini menerusi pelaksanaan siri webinar.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Nor Aieni Mokhtar, usaha yang julung kali dirintis itu akan digerakkan secara bersama dengan Persatuan STEM Kebangsaan Chapter Terengganu dan sekolah berasrama penuh (SBP) yang juga merupakan sebahagian daripada sekolah angkat berkenaan.

Katanya, pelaksanaan siri webinar itu akan dibuat dalam masa terdekat bagi mendedahkan kalangan guru dan pelajar di kesemua 54 sekolah angkat mengenai PdP dalam talian atau PdPR terutama yang membabitkan subjek STEM,

“Webinar itu akan dikendalikan pensyarah Pusat Asasi STEM dan ahli Persatuan STEM Kebangsaan dengan agenda utama ialah perkongsian kaedah pembelajaran PdP dalam talian dengan menggunakan pelbagai platform. 

“Antara platform PdP yang dirancang bakal dikongsikan ialah Microsoft Whiteboard, Google Classroom, kahoot & quizzi, drawboard, Microsoft Onenote di samping Microsoft Stream,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Pusat Asasi STEM, Prof. Madya Dr. Laili Che Rose berkata, pihaknya  sentiasa berusaha untuk menghulurkan bantuan kepada komuniti sekolah di negeri ini.

“Semoga perancangan siri webinar yang akan diadakan di dalam masa terdekat itu mampu membantu sekolah di Terengganu khususnya dan di seluruh Malaysia umumnya. 

“Saya percaya dengan gabungan mantap Pusat Asasi STEM bersama ahli Persatuan STEM Kebangsaan Chapter Terengganu dapat merealisasikan objektif untuk memantapkan PdPR dalam kalangan guru dan murid,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.