Tempah ketamin menerusi panggilan telefon - Utusan Malaysia

Tempah ketamin menerusi panggilan telefon

NOORZAINY MOHD. NOOR (tengah) memerhatikan bungkusan ketamin yang dirampas daripada seorang pengedar dadah ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah SPU, Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini. UTUSAN/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan bersama ketamin seberat 3.051 kilogram bernilai RM167,805 di Mak Mandin, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, serbuan dibuat pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah SPU di kediaman suspek pukul 3 petang.

Katanya, dalam serbuan itu, polis menemukan sebanyak116 peket ketamin yang dipercayai akan dijual kepada penagih di sekitar daerah Seberang Perai.

“Modus operandinya mudah iaitu suspek akan membuat penghantaran selepas menerima tempahan ketamin menerusi panggilan telefon.

“Wang tunai berjumlah RM3,000 dan dua kereta jenis Kia Sportage dan Perodua Myvi milik suspek turut disita menjadikan nilai sitaan keseluruhan bernilai RM62,000.

“Semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian air kencing turut didapati positif,” katanya dalam sidang media di sini semalam.

Suspek direman selama seminggu dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen (15)(1)(a) akta sama.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata seorang tokan dadah berusia 36 tahun ditahan di Sungai Dua dekat sini awal pagi semalam.

“Kita turut merampas 11 peket syabu seberat 30 gram yang dianggarkan bernilai RM3,000.

“Suspek yang mempunyai satu rekod lampau berkaitan dadah direman bagi membantu siasatan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.