PASIR MAS: Sejak sesi persekolahan bermula bulan lalu, Nor Hafizah Mizani, 12, dari Kampung Bechah, Tendong, di sini sentiasa ternanti-nanti kepulangan bapanya dari tempat kerja. Ini kerana murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Othman Talib II itu hanya berpeluang melihat tugasan diberikan guru menerusi telefon pintar milik bapanya yang mencari rezeki sebagai buruh. Difahamkan, Nor Hafizah sebelum ini bergantung telefon pintar milik ibu untuk mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di…