Program dengan Bersatu perlu rujuk UMNO bahagian - Utusan Malaysia

Program dengan Bersatu perlu rujuk UMNO bahagian

MOHAMMAD SOLLEHIN MOHD. TAJIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gantang menetapkan sebarang program melibatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) harus dirujuk terlebih dahulu kepada UMNO bahagian berkenaan.

Ketuanya, Mohammad Sollehin Mohd. Tajie berkata, jika tidak mendapat sebarang kelulusan, ahli UMNO dan kepemimpinan UMNO cawangan di bahagian itu dilarang untuk menghadiri program tersebut atas kapasiti UMNO.

“Merujuk kepada kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gantang membuat ketetapan sebarang program melibatkan Bersatu harus dirujuk terlebih dahulu kepada UMNO bahagian.

“Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gantang tidak melarang mana-mana ahli untuk menerima sebarang bantuan dengan syarat penyerahan bantuan tidak diadakan dalam bentuk program.

“Bersatu boleh menyerahkan bantuan secara terus kepada penerima bantuan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, UMNO Bukit Gantang mengeluarkan notis yang tidak benar ahlinya mengadakan sebarang bentuk kerjasama politik dengan dengan Bersatu.

Difahamkan notis itu dikeluarkan selepas wujud pelawaan daripada Ahli Parlimen Bukit Gantang daripada Bersatu untuk bertemu dengan ketua-ketua Wanita UMNO cawangan Parlimen berkenaan.

Pertemuan yang dijadualkan pada Jumaat lalu itu adalah diluar pengetahuan dan makluman UMNO Bahagian dan dianggap sebagai satu tindakan melanggar hierarki parti.

Pimpinan UMNO Bahagian Bukit Gantang sebelum ini pernah mendesak agar Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal meletak jawatan kerana mendakwa telah mengkhianati parti.

Desakan itu dibuat selepas Syed Abu Hussin mengumumkan keluar UMNO serta meletakkan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang dan kini telah menyertai Bersatu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya