Presiden UIAM dilantik jadi Pengerusi MAIWP - Utusan Malaysia

Presiden UIAM dilantik jadi Pengerusi MAIWP

ZULKIFLI Mohamad Al-Bakri menyerahkan watikah pelantikan kepada Mohd. Daud Bakar sebagai Pengerusi MAIWP baharu di Kompleks Islam Putrajaya, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datuk Dr. Mohd. Daud Bakar dilantik sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pelantikan baharu itu sudah pun berkuat kuasa secara rasmi pada 10 Februari lalu.

“Semalam, saya telah menyerahkan watikah pelantikan kepada beliau dan barisan 21 ahli MAIWP baharu di Kompleks Islam Putrajaya,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menzahirkan titah perkenan pelantikan berkenaan.

Mohd. Daud merupakan tokoh dan pakar kewangan Islam selain Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia serta penasihat syariah institusi kewangan di pelbagai negara.

“Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Abdul Aziz Jusoh pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi MAIWP yang baharu,” tambah Zulkifli .

Pelantikan itu ujar beliau, selari dengan peruntukan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1983 dan turut melibatkan pelantikan lima lagi ahli Ex-Officio. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.