PGA guna dron pantau sempadan Malaysia-Thailand - Utusan Malaysia

PGA guna dron pantau sempadan Malaysia-Thailand

HASAN Basri Ahmad Safar (kiri) cuba menerbangkan dron yang digunakan PGA bagi melakukan tinjauan udara di Markas Taktikal PGA Lubok Stol, Rantau Panjang, Kelantan hari ini. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Op Benteng Covid-19 di sempadan Malaysia-Thailand kini dilengkapi teknologi dron bagi memantau aktiviti jenayah rentas sempadan terutama penyeludupan.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) Senior Asisten Komisioner Hasan Basri Ahmad Safar berkata, penggunaan dron terbukti berkesan apabila pihaknya berjaya mematahkan cubaan menyeludup kain, tiga hari lalu.

Menurutnya, rampasan dengan nilai berjumlah RM28,000 itu dilakukan di pangkalan haram Jitong, di sini sejurus pihak PGA mengesan aktiviti tersebut menerusi pemantauan udara menggunakan dron.

“Sebaik sahaja kita mengesan kegiatan itu, pasukan penguatkuasaan terus digerakkan untuk melakukan melakukan serbuan di lokasi dan berjaya mematahkan cubaan penyeludup,” katanya kepada pemberita di Markas Taktikal PGA Lubok Stol ,di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Antara Pegawai PGA Batalion 9, Superintendan Nor Azizan Yusof dengan Pegawai PGA Batalion 8, Superintendan Muhammad Shamsudin.

Mengulas lanjut, Hasan Basri memberitahu, selain dron, rondaan rutin akan terus digerakkan ketika pelaksanaan Op Benteng Covid-19 yang melibatkan kawasan sejauh 41.8 kilometer dari Pengkalan Kubor, Tumpat sehingga ke Rantau Panjang.

Katanya, kerjasama dengan agensi keselamatan lain juga akan terus diperkasa bagi memastikan sempadan negara dikawal sebaik mungkin.

“Kami juga merancang untuk menambah lapan lagi lokasi baharu untuk pemasangan dawai berduri.

“Ini merupakan sebahagian daripada inisiatif National Task Force (NTF) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Briged Kelapan Infantri,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya