Pendapatan koperasi Pulau Pinang turun 56 peratus - Utusan Malaysia

Pendapatan koperasi Pulau Pinang turun 56 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Ekoran ketiadaan aktiviti ekonomi dijalankan khususnya ketika tempoh pandemik Covid-19, pendapatan tahunan koperasi di negeri ini mencatatkan penurunan 56 peratus.

Berbanding RM289 juta pada 2019, tahun lalu pendapatan koperasi hanya mencatatkan RM162.6 juta.

Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) negeri, Zakaria Mat Jusoh berkata, koperasi yang terlibat dengan aktiviti pelancongan, terutama yang menjalankan perniagaan inap desa dan teksi, merupakan antara yang terjejas teruk.

“Selain itu sebanyak 30 peratus koperasi iaitu 246 buah dikategorikan sebagai tidak aktif kerana tidak ada aktiviti yang dapat dilaksanakan serta mengalami kekurangan anggota serta modal menjalankan perniagaan,” katanya dalam sidang akhbar sempena pelancaran Penang2030 Coop Grant di Komtar dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.

Menurut Zakaria, ketika dalam tempoh pandemik itu juga terdapat koperasi yang tidak dapat menjalankan mesyuarat agung tahunan (AGM) dan pihaknya telah membenarkan mereka bermesyuarat secara dalam talian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya