Pemandu maut, penumpang cedera Perodua Myvi terbalik - Utusan Malaysia

Pemandu maut, penumpang cedera Perodua Myvi terbalik

PERODUA Myvi dipandu seorang lelaki terlibat dalam kemalangan dipercayai akibat hilang kawalan di Kilometer 20, Lebuhraya Skudai-Pontian, Taman Desa Skudai, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang pemandu maut manakala penumpangnya cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 20, Lebuhraya Skudai-Pontian, berhampiran Taman Desa Skudai, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid berkata, mangsa maut merupakan seorang lelaki berusia 56 tahun.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu hilang kawalan terhadap Perodua Myvi berkenaan sebelum terbabas dan merempuh pokok di pembahagi jalan.

“Akibat kemalangan itu, pemandu tersepit dan maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambah Rupiah, penumpang yang duduk di bahagian depan kenderaan tersebut cedera.

Menurutnya, kejadian disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Inggai Anak Bakau berkata, kejadian itu dilaporkan kepada pihaknya pada pukul 1.38 petang.

Sehubungan itu katanya, seramai 11 anggota dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Skudai dikejar ke lokasi kejadian.

“Perodua Myvi berkenaan terbabit dalam kemalangan dipercayai akibat terbabas.

“Mangsa yang maut telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala pemandu cedera dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk mendapatkan rawatan,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.