Pelajar pintar jadi anak angkat Rosol - Utusan Malaysia

Pelajar pintar jadi anak angkat Rosol

ROSOL Wahid (kanan) menjadikan pelajar pintar, Muhammad Mu’az Zhofri Mohamad Yong sebagai anak angkatnya semasa lawatan di Kampung Losong Haji Mat Shafie di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kesempitan hidup pelajar pintar yang bakal menyambung pengajian ke Kolej Genius Insan (KGI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendapat perhatian ramai termasuk Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid.

Rosol yang bersimpati dengan nasib menimpa Muhammad Mu’az Zhofri Mohamad Yong, 13, dari Kampung Losong Haji Mat Shafie di sini turut berhasrat menjadikan remaja itu sebagai anak angkatnya.

Katanya, sebagai alumni Kolej Islam Klang (KIK) bersama bapa pelajar pintar itu, Mohamad Yong Awang, 61, dia tidak mahu melihat ahli keluarga rakan seniornya tercicir dalam pelajaran.

“Saya secara peribadi mengambil keputusan untuk menjadikan Muhammad Mu’az Zhofri sebagai anak angkat kerana kemiskinan yang dihadapi keluarga ini di samping potensinya yang kita nampak boleh pergi jauh.

“Jadi kita akan memantau perkembangan pendidikannya dari semasa ke semasa dan memastikan dia dapat belajar setinggi yang boleh,” katanya selepas melawat keluarga itu hari ini.

Baru-baru ini, Utusan Malaysia melaporkan keresahan keluarga Muhammad Mu’az Zhofri yang kesempitan wang untuk membiayai yuran pengajian pelajar itu ke KGI selepas lulus ujian kelayakan yang dikategorikan pintar oleh institusi tersebut.

Bagaimanapun laluan bekas murid Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Nilam di Kuala Terengganu itu untuk menyambung pengajian ke institusi berprestij tersebut cerah kerana ramai pihak yang sudi menghulurkan sumbangan di samping memperoleh bantuan Tabung Kebajikan Murid KGI.

Dalam pada itu, Mohamad Yong terharu dengan keprihatinan Rosol yang juga merupakan alumni sekolahnya di samping pihak-pihak lain yang mengambil cakna keperluan persekolahan Muhammad Mu’az Zhofri.

“Kalangan alumni KIK tidak mahu melihat ‘adik-beradik’ mereka ditimpa kesusahan, terima kasih saya ucapkan kepada Datuk Rosol dan sehingga kini tidak putus bantuan dihulurkan orang ramai ,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya