Pas tetap pertahan status quo - Utusan Malaysia

Pas tetap pertahan status quo

AHMAD Samsuri Mokhtar menerima suntikan vaksin Covid-19 di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di Kuala Terengganu hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pas tetap mempertahankan formula agihan kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diatur mengikut status quo.

Naib Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, formula itu perlu terus dikekalkan mana-mana parti sama ada Pas, UMNO mahu pun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Bagaimanapun, katanya, ketiga-tiga parti masih boleh berunding kerana perbincangan mengenai agihan kerusi masih belum berakhir dan apa jua kemungkinan boleh berlaku.

“Yang pertama status quo itu hendaklah dipertahankan.

“Yang kedua kita akan melihat kerusi-kerusi lain dimenangi oleh Pakatan Harapan (PH) dan menentukan siapa yang layak bertanding atas faktor kebolehmenangan kerana kita ingin mencapai kemenangan yang maksimum dalam PRU-15,” katanya kepada pemberita selepas selesai menerima suntikan Covid-19 di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan kata dua Ketua Penerangan UMNO Terengganu, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku yang mahu agihan kerusi di negeri ini dibuat secara menang-menang atau parti itu bertanding di semua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan Parlimen.

Ahmad Samsuri berkata, semua rakan sekutunya perlu bertolak-ansur dalam soal agihan kerusi dan tiada sebab hanya Pas sahaja perlu dilihat berbuat demikian.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas tekad UMNO Terengganu untuk merampas semula pentadbiran negeri ini katanya, masing-masing mempunyai keinginan tersendiri.

“Semua orang ada hasrat masing-masing, jadi sebagaimana saya sebutkan sebelum ini kita masih boleh lagi berbincang dan berunding sama ada di peringkat negeri atau Pusat kerana proses agihan kerusi itu belum berakhir,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya