Mutu pendidikan pelajar terus terjejas jika isu PdPR tidak ditangani - Utusan Malaysia

Mutu pendidikan pelajar terus terjejas jika isu PdPR tidak ditangani

AMINUDDIN Harun dan Anwar Ibrahim ketika ditemui pemberita selepad Majlis Penyerahan Peranti Pintar di Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson, Port Dickson hari ini. - UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Mutu pembelajaran terutama dalam kalangan murid dan pelajar kurang berkemampuan dijangka terus terjejas dan lemah sekiranya Kementerian Pendidikan tidak dapat menangani dengan segera isu dalam kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu penyediaan peranti juga tidak dapat ditangani dengan baik malah pelaksanaan TV Pendidikan juga terbatas daripada segi keupayaan termasuk dalam aspek interaksi dengan murid.

“Kalau keadaan ini tidak ditangani segera oleh kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan, saya jangka ia akan terus melemahkan mutu pendidikan terutama dalam kalangan pelajar-pelajar miskin bandar dan desa.

“Ini akan jadi satu masalah besar yang akan dihadapi oleh negara untuk tempoh setahun lebih ini, pembelajaran anak-anak sangat terbatas dan kurang upaya di pihak kementerian untuk menanganinya,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Peranti Pintar di Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson, dekat sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Pada majlis tersebut, sebanyak 1,000 telefon pintar diberikan secara percuma kepada keluarga dalam kalangan kategori 40 peratus terendah (B40) di daerah ini bagi tujuan proses PdPR anak masing-masing.

Pemberian tersebut hasil kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Port Dickson dan Yayasan YTL.

Sementara iu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, tidak wajar untuk ibu bapa dibebankan dengan pembeliaan peranti ketika ramai terutama dalam kalangan B40 kini terjejas dengan pendapatan yang merosot.

“(Dalam keadaan) pengangguran bertambah, pendapatan jauh merosot bagaimana mereka nak dibebankan lagi dengan pembeliaan peralatan ini. Dalam kalangan berpendapatan tinggi tidak mengapa, bagaimana dengan golongan B40 malah golongan 40 peratus sederhana (M40) juga sekarang rasa tekanan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.