PETALING JAYA: Tiada lagi budi bicara! Individu yang melanggar larangan merentas negeri akan diarah berpatah balik dan tetap didenda RM1,000. Itu penegasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diperketat bagi mengekang penularan Covid-19 terutama dalam tempoh sambutan perayaan Tahun Baharu Cina. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Senior Asisten Komisioner (SAC) Gerakan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), M.V. Srikumar Nair berkata, PDRM tidak akan sesekali…