PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan kes positif Covid-19 melebihi 4,000 iaitu 4,571 kes manakala kes sembuh pula, 4,092 kes dengan membabitkan 17 kematian.
Keseluruhan kes positif negara meningkat sebanyak 231,483 kes manakala kes sembuh pula, sebanyak 181,886 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 308 kes positif yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), di mana 135 kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Selangor terus merekodkan kes positif tertinggi iaitu 2,056 kes manakala negeri lain merekodkan kes tiga angka dan dua angka di mana hanya Perlis mencatatkan sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE