Kerja-kerja segera baiki tebing runtuh di Taman Wira - Utusan Malaysia

Kerja-kerja segera baiki tebing runtuh di Taman Wira

KEADAAN tebing runtuh yang berlaku di Taman Wira, Pedah, Jerantut, Pahang awal pagi Khamis lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Susulan kejadian tanah runtuh di Taman Wira, Pedah, Jerantut awal pagi Khamis lalu, kerajaan negeri telah mengarahkan agar kerja-kerja pembaikan dilaksanakan segera di lokasi kejadian.

Kerja-kerja tersebut termasuklah pembinaan struktur ‘gabion’ seperti dicadangkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Jerantut.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Jerantut, kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu susulan hujan lebat berterusan melebihi tiga jam.

Jelasnya, hujan lebat menyebabkan aliran air anak Sungai Nahar laju seterusnya menghakis tebing ‘concrete slab’ sedia ada hingga runtuh.

“Ekoran itu, papan tanda dan kon keselamatan telah dipasang di sekitar kawasan terjejas manakala kakitangan JPS dan Majlis Daerah Jerantut (MDJ) mengadakan pemantauan berkala.

“Setakat ini, kejadian runtuhan yang berlaku tidak menjejaskan rumah di taman berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Rosdy bagaimanapun berkata, tindakan pemindahan penghuni akan dibuat sekiranya keadaan semakin berisiko terutamanya dari segi keselamatan penduduk di situ.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya