Kedah tawar pinjaman mudah tanpa faedah - Utusan Malaysia

Kedah tawar pinjaman mudah tanpa faedah

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Bagi membantu rakyat di negeri ini yang berdepan kesukaran ekoran penularan pandemik Covid-19, kerajaan negeri mengumumkan tawaran pinjaman mudah tanpa faedah kepada pengusaha pelancongan dan penghantar makanan dengan jumlah maksimum RM5,000 setiap seorang.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, tawaran tersebut merupakan sebahagian daripada pakej bantuan bernilai RM7,466,000 yang diluluskan.

Menurutnya, tawaran tersebut dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 400 pemohon.

“Mereka yang layak boleh memohon jumlah maksimum RM5,000 atau kurang daripada itu. Pinjaman ini akan diuruskan oleh Unit Pembangunan Usahawan Kedah (UPUK). Bayaran tunai akan terus dikreditkan ke akaun pemohon bersandarkan kelulusan Jawatankuasa Akaun Amanah UPUK,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini.

Katanya, kerajaan negeri akan turut memberikan tablet bernilai RM550 kepada 3,600 pelajar bagi memudahkan pelajar terbabit mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

“Tablet tersebut akan diagihkan kepada 100 individu dalam setiap 36 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah. Kos keseluruhan bagi pengagihan tablet tersebut mencecah RM2 juta,” katanya.

Selain itu Muhammad Sanusi mengumumkan mengenai bantuan peralatan berniaga melibatkan khemah boleh lipat, meja dan dapur bernilai RM350 dengan kos keseluruhan RM1.26 juta yang akan turut memanfaatkan seramai 3,600 individu.

“Peruntukan sebanyak RM1.2 juta akan diagihkan kepada 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini untuk mereka membina kawasan perniagaan baharu, lengkap dengan pelbagai kemudahan yang dapat memanfaatkan golongan penjaja kecil,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya