Covid-19: Solat hajat, qunut nazilah selepas solat Jumaat, fardu di Perak - Utusan Malaysia

Covid-19: Solat hajat, qunut nazilah selepas solat Jumaat, fardu di Perak

UMAT Islam diminta mengadakan solat sunat hajat dan bacaan qunut nazilah selepas solat Jumaat dan fardu bagi mendoakan kesejahteraan seluruh rakyat berikutan peningkatan kes Covid-19.. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Semua masjid di negeri ini diminta mengadakan solat sunat hajat dan bacaan qunut nazilah selepas solat Jumaat dan fardu bagi mendoakan kesejahteraan seluruh rakyat berikutan peningkatan kes Covid-19 kini pada tahap membimbangkan.

Kenyataan tersebut dikeluarkan menerusi pekeliling oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan diedarkan kepada semua Jawatankuasa Masjid seluruh negeri semalam.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd. Yusop Husin berkata, masjid di seluruh negeri diminta mengadakan bacaan qunut nazilah setiap kali solat Jumaat dan melaksanakan solat hajat selepas solat Jumaat dan salah satu solat fardu yang lain.

“Ia bagi mendoakan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia dengan harapan pandemik covid-19 ini berakhir dengan segera.

“Pelaksanaan ini hendaklah dilakukan secara berterusan,” katanya dalam pekeliling yang dikeluarkan JAIPk semalam dan diedarkan kepada semua Jawatankuasa Masjid seluruh negeri.

Mohd. Yusop berkata, selain itu JAIPk juga menggalakkan pembacaan Surah Al-Mulk secara berjemaah yang diketuai oleh imam yang bertugas selepas solat fardu mengikut kesesuaian waktu di masjid dan surau di kariah.

“Fadhilat dan kelebihan membaca surah Al-Mulk dapat menghindarkan pembacanya dari azab kubur dan mendapat syafaat.

“Sehubungan dengan itu, semoga pelaksanaan amalan pembacaan surah Al-Mulk di masjid dan surau dalam kariah kita akan mengundang kerahmatan dan keberkatan dari Allah kepada ahli kariah, negeri dan negara amnya,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya