Bot nelayan terbakar:Awak-awak kritikal - Utusan Malaysia

Bot nelayan terbakar:Awak-awak kritikal

KEADAAN awak-awak warga Myanmar yang kini dilaporkan kritikal sedang dirawat di Hospital Sabak Bernam, Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Seorang awak-awak warga Myanmar yang melecur akibat bot nelayan dinaiki bersama tiga individu termasuk tekong warga tempatan yang terbakar dilaporkan kritikal.

Mangsa dikenali sebagai Tun berusia 40 tahun itu yang melecur 90 peratus dilaporkan kritikal dan kini di rawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sabak Bernam.

Manakala, dua lagi awak-awak juga warga Myanmar dikenali sebagai Aung,40, dan Ooi, 30, bersama tekong iaitu pemilik bot nelayan merupakan warga tempatan, Chan Leng Kooi,41, berjaya diselamatkan.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, mangsa yang melecur telah dibawa ke hospital menggunakan pesawat APMM AW139 untuk menerima rawatan.

“Setakat ini,berdasarkan keterangan pemilik bot nelayan ini memaklumkan kesemua awak-awak yang bersamanya mempunyai dokumen perjalanan diri tetapi terbakar berikutan kejadian tersebut.

“Kita mendapati bot nelayan yang dinaiki kesemua mangsa telah terbakar kira-kira 85 peratus dan api dapat dipadamkan dalam tempoh satu jam. Selain itu, tiada tumpahan minyak dilaporkan dan kita masih lagi menyiasat punca kebakaran,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, seramai sembilan anggota Maritim iaitu daripada Pesawat AW139 dan Bot Penggalang 41 telah ke lokasi kejadian dengan dibantu kapal KD Teguh Samudera serta bot nelayan tempatan berhampiran.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 pagi tadi, seorang melecur sementara tiga lagi terselamat apabila bot nelayan dinaiki terbakar di kedudukan 16.6 batu nautika Barat Daya Sungai Besar di sini pagi tadi.

Mangsa warga Myanmar melecur 90 peratus telah dihantar ke hospital bagi menerima rawatan. Bagaimanapun, tiga lagi individu termasuk seorang warga tempatan merupakan tekong menaiki bot nelayan tempatan kelas C berjaya diselamatkan.

Kejadian dikesan apabila Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru menerima panggilan MERS999 daripada Pusat Kawalan Trafik Udara memaklumkan Pesawat AW139 telah mengesan sebuah bot nelayan tempatan terbakar ketika pesawat melakukan rondaan di udara.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya