BN bertanding di Kangar, Arau, Padang Besar - Utusan Malaysia

BN bertanding di Kangar, Arau, Padang Besar

Shahidan Kassim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan bertanding di kerusi Kangar selain mengekalkan Parlimen Arau dan Padang Besar dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, bagi kerusi Kangar, perkara itu berdasarkan formula iaitu mana-mana parti di dalam gabungan yang mendapat undi kedua tertinggi dalam pilihan raya umum lalu bakal diberi laluan bertanding.

Katanya, berdasarkan perkiraan tersebut, undi yang diperoleh BN dalam pilihan raya tersebut melebihi Pas manakala Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bersama Pakatan Harapan (PH) sebelum ini tidak bertanding di kawasan tersebut.

“Keputusan kita, BN akan bertanding di Kangar, Arau dan Padang Besar. Di Kangar parti yang kalah namun memperoleh undian kedua tertinggi akan bertanding selain mengekalkan kerusi yang kita menang,” katanya di sini hari ini.

Dalam PRU-14, BN menang di 10 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Pas menang dua iaitu di Guar Sanji dan Sanglang.

Di peringkat Parlimen, BN menang di kerusi Arau dan Padang Besar manakala Kangar buat pertama kalinya jatuh ke tangan PKR dalam pilihan raya lalu.

Bersatu sebelum ini pernah menyatakan hasrat diberi laluan bertanding di Parlimen Kangar dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan berkenaan dengan perkara itu akan dibincangkan bersama Pas di dalam Perikatan Nasional (PN).

Dalam PRU-14, Bersatu tewas di kesemua kerusi yang ditandingi mereka iaitu di Pauh, Guar Sanji, Mata Ayer, Tambun Tulang, Kayang selain Parlimen Arau dan Padang Besar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya