Bena perang capai tahap kematian pokok padi - Utusan Malaysia

Bena perang capai tahap kematian pokok padi

AHMAD Tarmizi Sulaiman (dua dari kiri) melihat demonstrasi kawalan bena perang menggunakan teknologi dron di Tanjung Radin dan Bukit Seni, Pendang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Serangan penyakit bena perang di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Kedah dan Perlis kini mencapai tahap hopperburn atau kematian pokok padi di kebanyakan sawah.

Ini berlaku pada musim 2/2020 dari November tahun lepas hingga 3 Februari lalu.

Menurut Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Ahmad Tarmizi Sulaiman, jumlah keseluruhan kawasan sawah padi yang diancam dengan serangan penyakit itu adalah seluas 725 hektar di Kedah dan Perlis dalam tempoh tersebut.

Menurutnya, daripada jumlah keluasan tersebut, MADA mendapati seluas 277 hektar telah mencapai tahap kematian pokok padi.

Katanya, antara kawasan yang serius diancam serangan penyakit itu ialah Wilayah IV yang melibatkan kawasan Kota Sarang Semut di Jerai dengan keluasan 212 hektar manakala seluas 107 hektar telah mencapai tahap kematian pokok padi.

“Kawasan-kawasan lain, Wilayah II di Jitra dekat Kubang Pasu pula melibatkan seluas 164 hektar dengan 94.07 hektar kematian pokok padi dan Wilayah III di Pendang pula seluas 37 hektar dan 63 hektar kematian pokok padi.

“Kawasan Wilayah I di Perlis melibatkan 38 hektar dan 12 hektar kematian pokok padi,” katanya di sini hari ini.

Bena perang (nilaparvata lugens) adalah serangan perosak yang menghisap cairan pokok daripada tisu-tisu pembekal air dan makanan sehingga menyebabkan kerosakan dan kematian pokok padi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya