ADUN Nenggiri tuai hasil dari ‘Kebun PKP’ - Utusan Malaysia

ADUN Nenggiri tuai hasil dari ‘Kebun PKP’

KEBUN seluas 0.8 hektar dinamakan ‘Kebun PKP’ atau Kebun Pisang Kelapa Pandan itu diusahakan sendiri oleh beliau bersama isterinya, Roshana Hashim sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama bermula, Mac tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Selepas pulih daripada Covid-19 bulan lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Ab. Aziz Yusoff banyak menghabiskan masa di kebun miliknya di Kampung Lepan Jaya, di sini.

Kebun seluas 0.8 hektar dinamakan ‘Kebun PKP’ atau Kebun Pisang Kelapa Pandan itu diusahakan sendiri oleh beliau bersama isterinya, Roshana Hashim sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama bermula, Mac tahun lalu.

Menurut Ab. Aziz, 59, tiada apa yang lebih menggembirakan apabila pisang dan kelapa pandan yang diusahakan sepanjang tempoh PKP tersebut kini sudah mula mengeluarkan hasil.

“Antara jenis pisang yang saya tanam ialah pisang nangka, berangan dan kebatu. Tanaman pertama iaitu pisang nangka sudah pun mengeluarkan hasil dan sedia untuk dituai sejak lima hari lalu.

“Saya baru sahaja selesai menuai setandan pisang nangka seberat 40 kilogram,” katanya ketika ditemui di kebun tersebut, di sini kelmarin.

Ab. Aziz berkata, setakat ini, beliau dan isteri berjaya menanam 1,000 pokok pisang nangka, berangan dan kebatu serta 120 pokok kelapa pandan di kebun terbabit.

“Selain berjaya menuai pisang yang ditanam sendiri, saya dan isteri juga teruja apabila melihat kelapa pandan tumbuh subur di Kebun PKP ini. Kami tidak sabar mahu menuai hasilnya kelak,” katanya.

Beliau dalam pada itu menyeru orang ramai yang mempunyai tanah kosong untuk memulakan aktiviti berkebun, lebih-lebih lagi ketika musim PKP ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya