3,340 operasi sanitasi sejak Mac tahun lalu - Utusan Malaysia

3,340 operasi sanitasi sejak Mac tahun lalu

Bomba menjalankan Operasi Sanitasi Awam bagi membendung penularan wabak Covid-19 - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor menjalankan 3,340 Operasi Sanitasi Awam bagi membendung penularan wabak Covid-19 sejak Mac tahun lalu hingga kini.

Pengarahnya, Datuk Yahaya Madis berkata, operasi tersebut melibatkan seramai 1,265 pegawai bomba merangkumi dua operasi Humanitarian Assistance Disaster Relief (HADR), 10 operasi disinfeksi Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Sewa Kerajaan (RSK).

Katanya, ia juga melibatkan 105 pemeriksaan keselamatan kebakaran dan Disinfeksi Pusat Kuarantin, 669 operasi disinfeksi pengangkutan pelajar institusi pengajian tinggi serta dua operasi pengurusan jenazah.

“Sebanyak 2,552 operasi sanitasi awam dibuat melibatkan 1,015 bangunan kerajaan, 214 rumah ibadat, 541 tempat-tempat awam serta 782 lain-lain lokaliti seperti dipohon oleh Pusat Kesihatan Daerah (PKD) mahupun Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah atau Negeri.

“JBPM Johor mencatatkan negeri kedua tertinggi dalam pelaksanaan Operasi Sanitasi Awam di negara ini selepas Sabah. Bagi jumlah premis yang dilaksanakan sanitasi awam oleh JBPM Johor mencatatkan jumlah premis tertinggi di negara ini,” katanya dalam teks ucapan perutusan awal tahun 2021 JBPM Johor hari ini.

Yahaya berkata, pihaknya menerima 14,143 panggilan kecemasan sepanjang tahun lepas yang meliputi 1,896 panggilan kes penyelamatan, 5,066 panggilan kes kebakaran serta 7,181 panggilan khidmat khas kemanusiaan.

Katanya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin mencatatkan penerimaan panggilan kecemasan tertinggi tahun lepas dengan sebanyak 1,943 panggilan.

“Kita turut menerima 62 panggilan palsu di seluruh negeri ini sepanjang tahun lalu.

“Daripada aspek penguatkuasaan kompaun pula, sebanyak 83 kes kompaun telah dikeluarkan sepanjang tahun lalu terutama melibatkan kesalahan berhubung pili bomba. Jumlah ini mencatatkan penurunan berbanding 103 kompaun pada 2019,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya