20,089 pesakit positif di rumah dipantau CAC - Utusan Malaysia

20,089 pesakit positif di rumah dipantau CAC

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan memaklumkan seramai 20,089 pesakit positif Covid-19 sedang menjalani kuarantin di rumah dengan dipantau dan dinilai Pusat Penilaian Covid-19 (CAC).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, CAC ditubuhkan sejak 25 Januari lalu secara berperingkat di semua negeri dalam mengendalikan penilaian pesakit di rumah.

Katanya, Johor direkodkan yang tertinggi dengan seramai 6,016 pesakit diikuti Selangor, 5,258 pesakit manakala Kuala Lumpur dan Putrajaya, seramai 4,489 orang.

“Sehingga kini, sebanyak 152 CAC sedang beroperasi dan secara kumulatif, seramai 60,052 pesakit telah dipantau. Penilaian semua pesakit dijalankan oleh pasukan yang diketuai Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Pakar Perubatan Kesihatan Keluarga.

“Secara umumnya CAC bertindak sebagai pusat rujukan bagi mengenal pasti, menilai, memantau serta menguruskan pesakit yang disahkan positif,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, CAC beroperasi sama ada di stadium, dewan komuniti, balai raya atau mana-mana fasiliti kerajaan bergantung kepada kesesuaian dan keperluan setempat bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang pada hari bekerja.

Bagaimanapun katanya, terdapat juga CAC yang beroperasi pada hari minggu.

“Pesakit yang tidak bergejala dan bergejala ringan serta memenuhi kriteria ditetapkan akan menjalani pengasingan di rumah selama 10 hari dengan memakai gelang pengawasan.

“Pengurusan pesakit ini tertakluk di bawah Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kes Jangkitan Penyakit Korona Virus 2019 (Covid-19), Akta Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Tambahnya, pesakit perlu melakukan pemantauan kendiri sepanjang tempoh pengasingan iaitu melalui Home Assesment Tool yang dibekalkan CAC.

“Mereka juga perlu melaporkan status kesihatan setiap hari melalui aplikasi, MySejahtera atau apabila dihubungi oleh anggota kesihatan.

“Apabila mana-mana pesakit mengalami kemerosotan gejala, mereka dinasihatkan menghubungi CAC dengan kadar segera atau talian 999 untuk kecemasan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya