13 lorong tikus dipasang kawat duri - Utusan Malaysia

13 lorong tikus dipasang kawat duri

ABDUL Rozak Muhammad (dua kiri) meninjau kerja-kerja pemasangan kawat duri di Kampung Padang Baloh di Besut hari ini susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mukim Pasir Akar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Laluan utama di samping 13 lorong tikus di tiga perkampungan di mukim Pasir Akar di sini dipasang kawat duri susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan itu yang berkuat kuasa pukul 12.01 tengah malam ini.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, kawalan ketat itu bagi menghalang aktiviti keluar masuk di Kampung Darau-Awek, Kampung Padang Baloh dan Kampung Lepan Kejor.

“Kesemua 13 jalan tikus akan dipasang kawat duri atau penghadang jalan mengikut kepentingan bagi memastikan tiada laluan yang boleh ditembusi mana-mana individu.

“Kita menasihatkan penduduk di kawasan Pasir Akar agar mengelakkan laluan ini dan memilih jalan alternatif untuk ke bandar Jertih,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kerja-kerja pemasangan kawat duri di Kampung Padang Baloh di sini hari ini.

Pelaksanaan PKPD selama 14 hari di tiga perkampungan dengan keluasan keseluruhan hampir 18 hektar itu melibatkan seramai 2,152 orang penduduk.

Langkah itu diambil susulan 21 kes positif Covid-19 yang direkodkan hasil pelaksanaan 570 ujian saringan oleh Kementerian Kesihatan di kesemua lokaliti tersebut.

Menurut Abdul Rozak, seramai 58 anggota terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) terlibat dalam penugasan pelaksanaan PKPD di kawasan berkenaan.

Dalam perkembangan lain katanya, sehingga kini sebanyak 41 kompaun dikeluarkan kepada individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP 2.0 di samping empat tangkapan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya