YPM tubuh pasukan petugas bantu calon SPM mangsa banjir - Utusan Malaysia

YPM tubuh pasukan petugas bantu calon SPM mangsa banjir

DR. Nizar Sudin (berdiri depan, empat dari kanan) dan Mohd. Salim (berdiri depan, enam dari kanan) bersama sebahagian daripada 40 daripada 200 murid dan pelajar sekolah di Parlimen Jempol yang terpilih menerima sumbangan sempena Majlis Perasmian Program 'Back to School 2021' @ KPLB Parlimen Jempol di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Serting, Jempol hari ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Yayasan Pelajaran MARA (YPM) menubuhkan pasukan petugas pasca banjir dengan fokus memberikan sokongan psikologi kepada pelajar khususnya calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang bakal menduduki peperiksaan bermula  20 Februari depan.

Pengerusi Eksekutif YPM, Datuk Dr. Nizar Sudin berkata, YPM akan menyelaras secara bersama dengan agensi-agensi di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan juga alumni Mara bagi memberikan sokongan kepada calon SPM di kawasan yang terjejas banjir di negara ini.

“YPM berpendapat bantuan pasca banjir lebih penting dan telah membahagikan penyelarasan bantuannya mengikut tiga zon iaitu Zon Pantai Timur, Selatan dan Utara iaitu di Perak.

“Bentuk bantuan yang diberikan melalui pasukan petugas ini ialah yang pertamanya berupa bantuan peralatan persekolahan di setiap Parlimen yang terjejas banjir dan kedua ialah bantuan kaunseling kepada mangsa banjir yang bakal menduduki peperiksaan SPM dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Program ‘Back to School’ 2021 @ KPLB Parlimen Jempol di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Serting, Jempol, hari ini.

Progam berkenaan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Jempol, Datuk Mohd Salim Mohd Sharif dan turut dihadiri oleh Pengarah Mara Negeri Sembilan, Mimi Mazlin Mohamed Yusof.

Dalam pada itu, jelas Nizar berkata, YPM menyasarkan untuk membantu seramai 44,400 pelajar serta murid di seluruh negara dengan nilai peruntukan keseluruhan sebanyak RM2.6 juta menerusi program ‘Back to School’ 2021 @ KPLB.

“Pada tahun lalu, sejumlah 31,758 orag murid dan pelajar dikenal pasti di seluruh negara bagi menerima bantuan dalam program yang sama dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM1.8 juta,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Nizar berkata, pihaknya tidak hanya membantu golongan murid dan pelajar sekolah membabitkan keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) bahkan turut memainkan peranan mencungkil bakat dan potensi pelajar yang terbaik untuk diketengahkan.

“Objektif program ini adalah hanya untuk mengurangkan beban ibu bapa berpendapatan rendah dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak mereka di awal tahun sesi persekolah bermula dan memberi peluang anak mereka mengikuti sesi persekolahan dengan sempurna serta selesa melalui kelengkapan baharu,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya