Yakin kredibiliti JAIS siasat ajaran sesat 'agama Melayu' - Zulkifli - Utusan Malaysia

Yakin kredibiliti JAIS siasat ajaran sesat ‘agama Melayu’ – Zulkifli

ZULKIFLI MOHAMAD Al-BAKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung ajaran sesat ‘agama Melayu’ yang dikatakan dibawa oleh individu dikenali ‘Ibu Yati’.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pihaknya menunggu maklum balas daripada JAIS bagi pertimbangan sewajarnya.

“Kes ini berlaku di Selangor. Jadi, kita tunggu maklum balas daripada JAIS selaku pihak berkuasa agama negeri. 

“Saya amat yakin kredibiliti pihak JAIS dalam menguruskan isu ini. Kita menghormati bidang kuasa negeri dalam urusan agama,” katanya hari ini.

Semalam, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasrudin Hassan meminta umat Islam tidak terpengaruh dengan dakwaan ajaran sesat itu dan memberitahu pihak berkuasa agama Islam sedang menyiasat perkara itu dan bakal mengambil tindakan sewajarnya.

Agama Melayu itu dikatakan menggunakan lafaz syahadah yang pelik (ila ha ila ra ila ma) dan disambung dengan pengakuan aku Melayu sebanyak tujuh kali.

Ajaran itu juga menolak ajaran Islam yang dianggap sebagai Islam Arab kononnya mereka membawa Islam Melayu.

Bagaimanapun, Ibu Yati atau Noor Hayati Wan Alias, 41, membuat laporan polis dan memberi tempoh tujuh hari kepada Nasruddin untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kerana membuat tohmahan dan fitnah terhadapnya kerana membawa ajaran sesat dan agama baharu itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.