Warga emas positif Covid-19 bunuh diri akibat kemurungan - Utusan Malaysia

Warga emas positif Covid-19 bunuh diri akibat kemurungan

SEORANG duda menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat sembilan dalam kejadian di Blok D PPR Krubong, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang warga emas yang kemurungan sejak disahkan positif Covid-19 sebanyak dua kali ditemukan mati disyaki bunuh diri di rumahnya di Seri Kembangan, dekat sini semalam.

Mangsa berusia 66 tahun itu ditemukan dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan kelar di tengkuknya.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, kejadian berlaku di rumah teres dua tingkat milik mangsa di Jalan Bandar Putera Permai 1/6, Bandar Putera Permai, Seri Kembangan.

“Mangsa telah membuat ujian calitan Covid-19 di hospital swasta pada 7 Januari lalu sebelum didapati positif keesokan harinya dan keputusan ujian kedua yang diterima Rabu lalu menunjukkan mangsa masih positif.

“Mangsa telah membayar kos yang tinggi di hospital swasta untuk rawatan Covid-19 dan sering mengadu kepada isterinya bahawa lebih baik dia mati daripada menanggung sakit,” katanya dalam kenyataan.

Jelas Razali, sebelum meninggal dunia, mangsa dipercayai telah mengajak isterinya ke sebuah bank berhampiran untuk mengeluarkan wang sebanyak RM40,000 untuk perbelanjaan rawatannya.

Malah katanya, isteri mangsa juga memaklumkan suaminya sering mengadu kesakitan dan berada dalam keadaan murung sejak disahkan positif Covid-19.

“Tiada unsur jenayah ditemukan dalam kes ini. Mayat telah dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.