Wanita rugi RM7,000 ditipu lelaki menyamar adik  - Utusan Malaysia

Wanita rugi RM7,000 ditipu lelaki menyamar adik 

NOORZAINY MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Kegagalan menjawab nama ibu menyelamatkan wanita berusia 46 tahun di sini daripada berterusan menjadi mangsa penipuan lelaki yang menyamar sebagai adiknya. 

Namun, wanita yang juga peniaga makanan di Mak Mandin itu tetap tidak bernasib baik apabila kerugian sebanyak RM7,000 ditipu sindiket dipercayai Macau Scam yang kini beralih taktik dengan menyamar sebagai ahli keluarga mangsa. 

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, wanita itu mula terjerat dalam penipuan tersebut selepas menerima panggilan telefon daripada individu yang mengaku adiknya dan mahu meminjam wang. 

Katanya, mangsa mempercayai suspek kerana mempunyai suara seakan-akan adiknya dan diyakinkan adiknya itu kehilangan dompet dan menukar nombor telefon. 

“Melalui perbualan itu, suspek meminta untuk meminjam wang sebanyak RM7,000. 

“Mangsa yang percaya kerana suara suspek yang hampir sama dengan adiknya telah membuat dua transaksi memasukkan wang untuk membantu adiknya itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Menurut Noorzainy, mangsa mula berasa curiga apabila suspek masih meminta wang dan bertindak  bertanyakan nama ibu mereka namun gagal dijawab suspek. 

“Selepas sedar ditipu, mangsa menghubungi adiknya untuk bertanyakan perkara itu, namun diberitahu tidak pernah menghubunginya untuk tujuan tersebut,” katanya. 

Noorzainy berkata, mangsa tampil membuat laporan polis semalam dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya