Wanita korban pertama banjir di Johor - Utusan Malaysia

Wanita korban pertama banjir di Johor

ANGGOTA bomba mengangkat mayat wanita yang lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Jalan Setia, Kampung Contoh, Kluang hari ini. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seorang wanita menjadi korban pertama kejadian banjir di negeri ini selepas ditemukan maut akibat terjatuh ke dalam longkang dalam kejadian di Jalan Setia, Kampung Contoh, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa, Halijah Majid, 59, lemas selepas terjatuh ke dalam longkang sedalam tiga kaki ketika banjir melanda kawasan kampung berkenaan.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa dipercayai dalam perjalanan ke tempat selamat selepas rumahnya dinaiki air sebelum dia tergelincir dan jatuh ke dalam longkang berkenaan.

Menurut Komander Operasi PBK II Shamsul Amri Mohd. Shahab, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.39 tengah hari.

“Satu jentera LFRT dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang dengan kekuatan seramai sembilan anggota dihantar ke tempat kejadian.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar terdapat seorang mangsa lemas yang dijumpai dan dibawa naik ke kawasan yang selamat oleh orang awam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Shamsul Amir berkata, pihaknya cuba memberi bantuan pernafasan kepada mangsa namun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi ditamatkan pada pukul 2.55 petang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.