Wanita dicabul ketika berurut - Utusan Malaysia

Wanita dicabul ketika berurut

TOK BENG YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Lelaki ditahan polis kerana dipercayai mencabul wanita di sebuah premis yang menawarkan rawatan urutan bahagian belakang badan di bandar ini, dalam satu kejadian, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, suspek berusia 44 tahun itu ditahan pada pukul 1.15 petang, semalam.

Menurut beliau, mangsa yang berusia 22 tahun ketika itu berkunjung ke premis berkenaan di Jalan Kenanga, Indahpura, di sini untuk mendapatkan rawatan.

“Ketika mangsa sedang berada dalam bilik rawatan, suspek bertindak memegang kedua-dua payu dara mangsa.

“Sehubungan itu, satu laporan polis terhadap suspek dibuat oleh mangsa di Balai Polis Kulai pada pukul 3.30 petang, dua hari lalu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beng Yeow memaklumkan, pusat rawatan berkenaan telah beroperasi sejak Julai tahun lalu.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan,” ujarnya.

Tambah beliau, suspek kini direman selama dua hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret Kulai selepas perintah reman dikeluarkan Majistret, Sharifah Maleeha Syed Husin. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya