UMNO bertanding dua kerusi di Kuala Selangor - Utusan Malaysia

UMNO bertanding dua kerusi di Kuala Selangor

JAHAYA Ibrahim ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kuala Selangor di Kompleks UMNO di Kuala Selangor, Selangor semalam. - UTUSAN/ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Dua kerusi di kawasan Kuala Selangor akan diberikan kepada UMNO.

Demikian ditegaskan Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor, Datuk Jahaya Ibrahim yang memberitahu pembahagian kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) telah diputuskan dalam perbincangan melibatkan Pas.

Menurutnya, persetujuan antara kedua-dua parti dalam Muafakat Nasional (MN) itu melibatkan kerusi Parlimen Kuala Selangor selain dua DUN iaitu Jeram dan Bukit Melawati.

“Berdasarkan hasil perbincangan awal, kita bersetuju meletakkan dua calon UMNO masing-masing di kerusi Parlimen dan DUN Jeram.

“Kerusi DUN Bukit Melawati pula bakal diwakili calon Pas pada pilihan raya akan datang,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kuala Selangor di Kompleks UMNO bahagian itu di sini hari ini.

Tambahnya, calon bagi kerusi DUN Ijok bagaimanapun belum diputuskan dan masih dalam peringkat rundingan.

“Kita optimis mampu merampas semula semua kerusi itu bersandarkan kerjasama dan permuafakatan kukuh bersama MN.

“Kerjasama MN sememangnya dianggap sebagai kelebihan kepada kita kali ini untuk memenangi PRU-15. Kita tidak mahu kekalahan teruk sebelum ini berulang dan akan tetap lawan sehingga habis-habisan.

“MN akan memperkukuhkan semua jentera sedia ada termasuk mengenal pasti kecenderungan pengundi terutama golongan ‘atas pagar’,” jelasnya.

Terdahulu, UMNO Bahagian Kuala Selangor mengemukakan tiga usul utama pada mesyuarat itu iaitu menolak kerjasama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), memperkasakan hubungan MN dan mendesak PRU-15 diadakan pada bulan Ramadan atau April.

Pada pilihan raya umum Ke-14 (PRU14), kerusi Parlimen Kuala Selangor dan tiga kerusi DUN dimenangi Parti Keadilan Rakyat (PKR). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya