fbpx

17 Januari 2021, 10:59 pm

  TERKINI

Tunggang motosikal sejauh 45km dapatkan bekalan dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang lelaki sanggup menunggang motosikal dari Kangar ke Alor Setar sejauh kira-kira 45 kilometer (km) semata-mata untuk mendapatkan bekalan dadah sebelum dipasarkan  di negeri Perlis.

Kegiatan lelaki berusia 41 tahun dari Kangar itu terbongkar selepas ditahan ketika menunggang motosikal di Lebuh Raya Sultanah Bahiyah di sini kira-kira pukul 5.45 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, hasil pemeriksaan, dadah jenis syabu seberat 556 gram yang bernilai RM55,600 dalam beg kertas hijau yang diletakkan dalam raga motosikal jenis Yamaha yang ditunggangnya.

“Kesemua dadah itu telah dipeketkan ke dalam 12 plastik lutsinar dan dipercayai untuk diedarkan di Perlis.

“Siasatan awal mendapati bekalan dadah tersebut diperoleh daripada seorang lelaki di daerah Kota Setar,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di sini hari ini.

Mengulas lanjut Ahmad Shukri berkata, ujian air kencing terhadap lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori itu mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.

Selain itu, katanya, semakan mendapati suspek juga memiliki sembilan rekod lampau berkaitan dadah dan satu kesalahan berkaitan jenayah sebelum ini.

“Lelaki itu telah ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39B akta sama, jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati. -UTUSAN ONLINE

BERITA BERKAITAN