Tiada lagi zon hijau, Kelantan hampir ‘merah’ sepenuhnya - Utusan Malaysia

Tiada lagi zon hijau, Kelantan hampir ‘merah’ sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan kini menghampiri zon merah sepenuhnya, ekoran peningkatan mendadak jumlah kes positif Covid-19 di seluruh negeri ini sejak seminggu lalu.

Berdasarkan infografik terkini Jabatan Kesihatan, tiada lagi zon hijau di negeri ini dengan enam daripada 10 jajahan sudah dikategorikan sebagai zon merah.

Jajahan terbabit ialah Kota Bharu, Tumpat, Bachok, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang.

Dua jajahan iaitu Pasir Mas dan Pasir Puteh kini menjadi zon jingga manakala dua lagi jajahan iaitu Jeli dan Tanah Merah pula sudah bertukar sebagai zon kuning.

Negeri ini juga buat kali pertama mencatatkan peningkatan tiga digit, iaitu sebanyak 103 kes baharu dilaporkan semalam.

Jabatan Kesihatan negeri menerusi Facebook rasminya memaklumkan, terdapat dua kluster baharu diisytiharkan semalam di Kelantan iaitu Kluster Alor Durian dan Kluster Wakaf Lanas.

“Susulan pertambahan dua kluster baharu itu, terdapat 13 kluster aktif yang dikenal pasti di seluruh negeri,” katanya.

Kluster Halban yang merekodkan sebanyak 154 kes, Kluster Huma (74 kes), Manik (48 kes) dan Pintu Geng (47 kes) kini dikategorikan sebagai zon merah.

Kluster Seragam Chepa yang mencatat 33 kes bersama Kluster Belukar (28 kes) dan Kluster Paloh Tumpat (26 kes) pula berada dalam zon jingga.

Sementara itu zon kuning terdiri daripada Kluster Long Panji dengan 17 kes, Kluster Kaya (16 kes), Kluster Dataran Utas (14 kes) dan Kluster Cergas (1 kes).

Kluster Alor Durian dan Kluster Wakaf Lanas yang baru diisytiharkan juga berada dalam kategori zon kuning dengan masing-masing mencatatkan sebanyak 17 dan 11 kes. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.