Strategi sedia ada dikaji semula - Utusan Malaysia

Strategi sedia ada dikaji semula

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan menjangkakan peningkatan kes terus berlaku selepas tahun baharu susulan kelonggaran rentas negeri sejak 7 Disember tahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, setiap hari kes makin meningkat sejak 31 Disember lalu walaupun rakyat diseru mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Sekarang sudah empat digit. Kebimbangan kita adalah mengenai pertambahan kes. Kita jangka akan ada pertambahan seminggu atau dua iaitu selepas tahun baharu 2021.

“Kita mengadakan perbincangan dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengkaji semula strategi yang dilaksanakan sejak 14 Oktober tahun lalu,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Noor Hisham berkata, memang membimbangkan dengan trend terkini peningkatan kes.

“Walaupun kita mampu mengelak lonjakan sehingga empat juta kes contohnya, tetapi tidak berjaya menurunkan R-naught (Rt) dari 1.1 kepada 0.5. Kena kaji semula,” katanya.

“Kita berharap agar apa yang dibincangkan dengan MKN dapat diputuskan secepat mungkin,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya