Sedia batal permit import daging tanpa sijil halal - Utusan Malaysia

Sedia batal permit import daging tanpa sijil halal

RONALD KIANDEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)
sedia membatalkan permit import (AP) syarikat yang didapati terlibat dalam kartel pengedaran daging sejuk beku tanpa sijil halal sah.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee menegaskan, pihaknya tidak akan bertolak ansur jika ada kakitangan kementerian itu sendiri yang terbabit dalam isu berkenaan.

“Kita tidak akan berkompromi sekiranya mendapati ada dalam kalangan warga kementerian ini sendiri yang terlibat selain akan membatalkan AP terhadap syarikat tersebut,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui pihak media selepas menyampaikan Amanat Tahun 2021 dan melancarkan Kalam Antirasuah Kementerian itu di Wisma Tani di sini hari ini.

Pada majlis berkenaan, beliau turut menyampaikan Sijil MS ISO 9001 : 2015 kementerian tersebut bagi tahun 2020 hingga 2023 dan juga melancarkan Tabung Akrab MAFI Prihatin.

Mengulas lanjut, Kiandee berkata, siasatan terperinci masih lagi dijalankan bagi mengenal pasti kakitangan kementerian itu yang terbabit dalam kartel berkenaan untuk diambil tindakan.

“Bagaimanapun, saya tidak boleh dedah sebab nanti ganggu siasatan, tetapi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sedang meneliti isu ini,” jelas beliau.

Isu ‘panas’ itu mula tular selepas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqids) melakukan serbuan di sebuah gudang di Senai, Johor pada 1 Disember tahun lalu.

Operasi hasil risikan agensi itu menemui 1,500 tan daging bernilai RM30 juta yang diseludup
Susulan itu, dua pengarah syarikat Raihanah Cold Storage Sdn. Bhd. ditahan dan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 30 Disember lalu di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

Menyentuh tindakan ke atas syarikat terlibat, beliau memaklumkan bahawa pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) turut menilai senarai semua pengimport daging sejuk beku.

Kiandee namun memberi jaminan, pihak yang terlibat dalam isu kartel tersebut akan diambil tindakan segera bagi memulihkan keyakinan rakyat setelah isu itu terbongkar awal bulan lalu.

“Pihak JPV sebenarnya sedang meneliti senarai syarikat pemegang AP di seluruh negara dan jika ada terlibat, kementerian ini tidak teragak-agak akan menarik permit mereka,” tegasnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya