RM900,000 bangunkan geopark Perlis - Utusan Malaysia

RM900,000 bangunkan geopark Perlis

SHAMSUL Anuar (dua dari kanan) melawat lokasi tarikan ekopelancongan semasa Lawatan Kerja ke Aspiring Perlis Geopark di Geopark Bukit Jernih di sini hari ini.-UTUSAN/NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli memperuntukkan sebanyak RM900,000 di Perlis untuk pembangunan Geopark dan makmal serta kajian kepelbagaian geologi dalam usaha untuk mempercepatkan pengiktirafan Jawatankuasa Geopark Kebangsaan.

Menterinya, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, sebanyak RM600,000 diperuntukan untuk pembangunan makmal dan kajian geologi manakala RM300,000 akan digunakan untuk membangunkan 12 daripada keseluruhan 18 lokasi geo tapak di negeri ini yang masih belum siap dibangunkan.

Beliau berharap dengan adanya pengiktirafan berkenaan, usaha-usaha yang dilakukan untuk menarik pelancong dari dalam dan luar negara ke tapak-tapak yang mempunyai potensi tinggi tersebut akan lebih tersusun.

“Geopark ini adalah usaha untuk mengekalkan warisan yang ada di samping memberi banyak kebaikan kepada komuniti. Ini kerana komponen pembangunan Geopark ini melibatkan program pembangunan komuniti yang sudah tentu akan memberi kebaikan kepada sosio ekonomi dengan mewujudkan peluang perniagaan dari sektor pelancongan dan sebagainya.

“Oleh itu, saya berharap kerajaan negeri dapat terus berusaha lebih lagi untuk mendapatkan pengiktirafan Jawatan kuasa Geopark Kebangsaan untuk Perlis,” katanya ketika ditemui pada program Lawatan Kerja ke Aspiring Perlis Geopark di Geopark Bukit Jernih di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatan kuasa Alam Sekitar negeri, Teh Chai Aan, dan Pengerusi Jawatan kuasa Pelancongan negeri, Asmaiza Ahmad.

Sementara itu, beliau memberitahu, peruntukkan untuk pembangunan makmal dan kajian geologi tersebut adalah bertujuan untuk memastikan hasil geologi di negeri ini kekal menjadi hak dan milik Perlis.

Dalam pada itu, mengulas mengenai pasukan bertindak yang diarahkan untuk mengkaji kawasan berisko terutamanya di Fraser Hill, Pahang dan beberapa kawasan lain, beliau berkata semua kawasan berisiko telah dikenalpasti.

“Usaha yang bersungguh-sungguh sedang dilakukan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) bersama jabatan dan agensi lain untuk mengawal dari memeberi kesan negatif pada orang ramai. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya