KUALA LUMPUR: Lebih 40 tahun pengalaman dalam dunia seni namun hanya dibayar RM50 sehari untuk menjayakan satu watak dalam drama. Itu keluhan pelakon, penyanyi dan pelawak, Salih Yaacob yang merasakan seolah-olah dipijak pemain industri apabila menawarkan watak dengan bayaran yang tidak setimpal lelah dan kudrat. Mengakui terkejut, namun jelas Salih, 60, itu adalah realiti industri seni yang semakin tidak menghargai bakat dan pengalaman artis-artis lama. Malah tambah Salih, dia sudah…