Polis siasat restoran di pusat bandar tular sebar ideologi komunis

Polis siasat restoran tular sebar ideologi komunis

GAMBAR dan karikatur berunsur parti komunis di sebuah restoran di bandar raya ini yang tular dalam media sosial sejak beberapa hari lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis Johor akan menjalankan siasatan berhubung gambar dan karikatur berunsur parti komunis di sebuah restoran di bandar raya ini yang tular dalam media sosial sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, siasatan awal mendapati restoran yang dimaksudkan menggunakan nama Big Captain Stimbot di Taman Mount Austin.

Jelasnya, pemeriksaan awal dibuat mendapati dekorasi berkenaan dipamerkan di restoran itu pada tahun 2019.

“Bertindak atas maklumat yang diterima selepas perkara itu tular, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan telah membuat pemeriksaan di restoran berkenaan semalam.

“Siasatan mendapati restoran berkenaan sedang menjalani proses pengubahsuaian dan tiada sebarang imej seperti yang ditularkan dalam media sosial,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, beberapa keping gambar tular dalam media sosial menunjukkan sebuah restoran di Taman Mount Austin di sini memaparkan gambar berunsur parti komunis.

Tambah Ayob Khan, pemilik restoran yang merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 41 tahun berserta isterinya yang merupakan warganegara China telah dikenakan tindakan sebelum ini.

“Pasangan itu telah dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa tempatan kerana mempamerkan papan iklan perniagaan yang tidak mematuhi syarat.

“Sehubungan itu, polis akan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 505B Kanun Keseksaan, Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988,” ujarnya.

Ayob Khan turut mengingatkan orang ramai agar tidak terlibat dalam apa-apa perbuatan yang mempromosikan ideologi komunisme dan sosialisme.

“Tindakan itu dilihat boleh membangkitkan sokongan terhadap perjuangan parti komunis dan tindakan undang-undang boleh diambil,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya