Polis keluar 9,668 saman malam tahun baharu - Utusan Malaysia

Polis keluar 9,668 saman malam tahun baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan 9,668 saman atas pelbagai kesalahan di seluruh negara menerusi Op Khas Sempena Tahun Baharu 2021 kelmarin.

Menerusi operasi yang dijalankan membabitkan 2,462 pegawai polis dengan kerjasama beberapa agensi seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), 126 individu ditahan mengikut pelbagai seksyen kesalahan.

Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd. Nadzri Hussain berkata, pihaknya turut menyita 87 kenderaan kerana pelbagai kesalahan untuk siasatan lanjut.

Jelas beliau, sebanyak 63 individu ditahan di bawah Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu kenderaan dengan kandungan alkohol melebihi had ditetapkan.

“Dalam pada itu, 21 individu lagi ditahan mengikut Seksyen 42 (1) akta sama kerana memandu secara melulu dan membahayakan dan 11 individu lagi ditahan mengikut Seksyen 108 APJ 1987,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Nadzri memberitahu, masing-masing sebanyak 10 individu ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959.

Selain itu tiga individu ditahan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan masing-masing empat individu ditahan mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (empat orang).

“Objektif utama operasi ini memberi fokus mengurangkan kadar kemalangan terutamanya kemalangan maut.

“Ia juga bagi memastikan pengguna jalan raya mengikut peraturan dan undang-undang lalu lintas selain mengawal ketenteraman trafik yang diselaraskan bersama prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya