PM lawat mangsa banjir di Kota Tinggi - Utusan Malaysia

PM lawat mangsa banjir di Kota Tinggi

MUHYIDDIN Yassin bertanya khabar kepada mangsa banjir sambil diperhatikan oleh Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohamed (dua dari kiri) ketika mengadakan lawatan di PPS SK Laksamana disini. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa melawat dan meninjau keadaan mangsa banjir di dua Pusat Pemindahan Sementera (PPS) di daerah ini hari ini.

Dalam lawatan itu Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh sempat beramah mesra selain menyampaikan kit bantuan banjir kepada mangsa di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Laksamana dan Kolej Vokasional Kota Tinggi di sini.

Hadir sama ialah Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani; Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Terdahulu, Muhyiddin yang tiba kira-kira pukul 11.30 pagi sempat melakukan tinjauan udara keadaan banjir di bandar Kota Tinggi dengan menaiki helikopter kira-kira 30 minit.

Sementara itu, seorang pekerja koperasi sekolah, Sueila Buti, 40, teruja dan terharu dengan keperihatinan pemimpin nombor satu negara itu yang sanggup datang bertanyakan khabar mangsa banjir.

“Biarpun PM kita sibuk dengan tugasan mentadbir negara, beliau sempat meluangkan masa tanya keadaan kami di sini dan menyampaikan sedikit bantuan.

“Ini kali pertama kami sekeluarga dapat bertemu dengan PM, biasa tengok dekat televisyen sahaja tetapi kali ini bersua muka, teruja dan terima kasih,”katanya ketika ditemui di PPS SK Laksamana di sini hari ini.

Sementara itu, situasi semasa keadaan banjir di negeri ini mencatatkan pertambahan kecil membabitkan daerah Mersing menjadikan jumlah keseluruhan setakat 12 tengah hari adalah seramai 5,499 mangsa daripada 1,414 keluarga.

Jumlah itu meningkat sebanyak 14 mangsa berbanding 5,440 mangsa daripada 1,396 keluarga yang direkodkan pada pukul 8 pagi tadi melibatkan 52 PPS membabitkan tujuh daerah.

Tiga kematian direkodkan di daerah Kluang melibatkan dua lelaki dan seorang wanita.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya