Penternak guna tayar selamatkan dua kerbau daripada tenggelam banjir - Utusan Malaysia

Penternak guna tayar selamatkan dua kerbau daripada tenggelam banjir

MOHD. Idrus Sulaiman menyelamatkan kerbau peliharaannya daripada ditenggelami banjir di Kampung Belimbing, Jongok Batu di Dungun. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang penternak kerbau di Kampung Belimbing, Jongok Batu di sini sanggup meredah banjir setinggi tiga meter sejauh kira-kira 500 meter demi menyelamatkan haiwan peliharaannya.

Mohd. Idrus Sulaiman, 47, berkata, dia terpaksa menggunakan tayar untuk dijadikan sebagai pelampung sambil berenang dan mengheret dua kerbaunya ke tempat lebih selamat selepas kediamannya dinaiki air ekoran limpahan Sungai Dungun.

Katanya, kedua-dua ternakan yang dibela sejak tujuh tahun lalu itu cukup istimewa dihatinya dan kerana itu ditempatkan di belakang rumah.

“Saya tidak sangka air naik mendadak dan saya hanya sempat mengalihkan kereta ke tempat tinggi.

“Apabila balik semula ke rumah, saya tengok air sudah penuh dan kawasan rumah ditenggelami air, jadi saya cepat-cepat pergi ke belakang tengok keadaan kerbau,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Idrus berkata, misi menyelamatkan dua kerbaunya itu mengambil masa kira-kira satu jam dan terpaksa dibuat secara berasingan.

Dia yang memelihara 80 kerbau berkata, ternakan lain ditempatkan di kandang yang tidak mudah dinaiki air.

“Saya sudah menyimpan stok makanan untuk kerbau-kerbau setiap kali musim tengkujuh kerana risau terputus bekalan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya