Penghantar diperiksa di SJR elak edar dadah - Utusan Malaysia

Penghantar diperiksa di SJR elak edar dadah

Polis memeriksa penghantar makanan di salah satu lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR)- Facebook JSJN Bukit Aman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Penghantar diperiksa di SJR elak edar dadah

PETALING JAYA: Menyedari taktik sindiket penyeludupan dadah menggunakan penghantar makanan untuk menghantar bekalan barang larangan itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit mula bertindak apabila akan menempatkan anggotanya untuk bertugas di sekatan jalan raya (SJR) bagi menyekat perkara itu terus berlaku.

JSJN dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, JSJN memaklumkan telah mengesan taktik itu digunakan sekali lagi bagi mengaburi mata pihak berkuasa sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Untuk itu, anggota JSJN bertugas akan melakukan pemeriksaan menyeluruh ke atas penghantar makanan bagi mengekang kegiatan itu.

“Perbuatan mereka (pengedar dadah) sekali gus menyusahkan penghantar makanan lain yang sedang berkerja.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti pengedaran dadah boleh menghubungi kami melalui aplikasi WhatsApp di talian hotline JSJN 012-2087222 yang beroperasi 24 jam. Identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, JSJN mendedahkan kebanyakan kes dadah yang dihantar pekerja penghantaran disorok dalam bungkusan barangan lain, termasuk bungkusan makanan serta kotak permainan kanak-kanak.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.