Pelepasan air tiga empangan di Sungai Perak terkawal - Utusan Malaysia

Pelepasan air tiga empangan di Sungai Perak terkawal

EMPANGAN Bersia di Sungai Perak telah melepaskan air secara terkawal mengikut prosedur ditetapkan bagi mengekalkan paras air empangan yang selamat. - UTUSAN/GAMBAR IHSAN TNB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Tenaga Nasional Bhd. (TNB) telah melepaskan air di tiga stesen hidro elektrik miliknya di Sungai Perak berikutan kenaikan paras ekoran hujan berterusan.

Pengarah Urusan TNB Power Generation Sdn. Bhd., Datuk Nor Azman Mufti berkata, sehingga hari ini, tiga empangan yang telah melepaskan air secara terkawal di stesen-stesen jana elektrik milik TNB di Sungai Perak ialah Empangan Bersia, Kenering, Chenderoh.

Menurutnya, pelepasan air di semua empangan berkenaan mengikut prosedur sedia ada bagi memastikan paras air selamat dapat dikekalkan di samping mengawal jumlah pelepasan air yang bersesuaian.

“Empangan Chenderoh di Perak berada dalam keadaan baik serta selamat dan pelepasan air dari empangan tersebut dilakukan pada kadar terkawal bagi mengimbangi kadar kemasukan dan pelepasan air yang masuk dan keluar.

“Pelepasan air terkawal di stesen hidro elektrik itu perlu dilakukan kerana kenaikan paras berikutan hujan yang berterusan di kawasan tadahan yang luas.

“TNB memberi jaminan semua empangan jana kuasa hidro elektrik di seluruh negara berada dalam keadaan baik dan selamat ketika musim tengkujuh ketika ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Nor Azman berkata,  terdapat limpahan secara semulajadi di Empangan Kenyir ke Sungai Terengganu namun jumlah limpahan tersebut masih berada di bawah paras kapasiti sungai.

Menurutnya, manakala air di Empangan Pergau di Kelantan dan Temenggor di Sungai Perak masih di bawah paras pelepasan air.

“Selain dari menjana elektrik, fungsi penting empangan hidro elektrik TNB adalah mengawal aliran air yang banyak akibat hujan lebat yang berterusan,” katanya.

Menurutnya, kerjasama erat antara TNB dan pihak berkuasa tempatan serta agensi berkaitan telah memastikan proses pelepasan air secara terkawal di beberapa empangan-empangan hidro elektrik dilakukan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP), demi keselamatan orang ramai.

“Pihak TNB telah mengadakan beberapa siri taklimat persediaan dan latihan kecemasan di stesen–stesen hidro elektrik dan pejabat operasinya bagi meningkatkan kecekapan dan kesiapsiagaan operasi,” katanya.

 Menurutnya, sebarang maklumat lanjut mengenai pertanyaan atau aduan, orang ramai boleh menghubungi TNB CareLine di 15454. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.