Pelan tindakan atasi kesesakan di Pelabuhan Klang berkesan - Utusan Malaysia

Pelan tindakan atasi kesesakan di Pelabuhan Klang berkesan

WEE Ka Siong (duduk, tengah) pada sidang akhbar selepas Majlis Pecah Tanah Pembangunan Litar Latihan dan Ujian Memandu Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia di Ayer Molek, Melaka. - UTUSAN/ DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pelaksanaan pelan tindakan yang dibuat dalam tempoh seminggu bagi mengurangkan kesesakan di Pelabuhan Klang termasuk pemeriksaan berganda kontena dilihat berkesan dan dijangka dapat melancarkan semula operasi logistik di sana. 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, sebelum ini pelabuhan itu sesak ekoran berdepan dengan dua isu utama termasuk kekurangan pengangkutan dan kontena.

Beliau berkata, beberapa langkah pemulihan telah dibuat oleh pasukan khas diketuai oleh Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dan menunjukkan hasil memberangsangkan terutama mengurangkan lambakan kontena di pelabuhan tersebut. 

“Ramai yang risau tentang kesesakan yang berlaku di Pelabuhan Klang, justeru itu satu pasukan khas telah dibentuk bagi mengenal pasti langkah-langkah yang boleh dilaksanakan bagi mengatasi masalah tersebut. 

“Sepanjang tempoh ‘trial run’ selama seminggu, pendekatan yang diambil termasuk meningkat pengurusan kontena daripada 100 kontena kepada 200 kontena dilihat banyak membantu mengurangkan kesesakan di pelabuhan,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pecah Tanah Pembangunan Litar Latihan dan Ujian Memandu Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia di Ayer Molek, di sini, hari ini.

Jelas Ka Siong, antara agensi yang terlibat dalam pelaksanaan langkah-langkah proaktif itu termasuklah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin, Pemeriksaan Malaysia (MAQIS). 

Tambahnya, melihat hasil memberangsangkan, pihaknya yakin langkah-langkah dilaksanakan pasukan khas itu mampu memulihkan kembali suasana pengoperasian di pelabuhan tersebut. 

“Kita harap usaha-usaha dilaksanakan ini dapat membantu para peniaga yang sebelum ini merungut tentang masa menunggu (bekalan dan barangan) terlalu lama. 

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua agensi dan persatuan terlibat yang telah menterjemahkan hasil perbincangan dan membuat penyesuaian untuk mempercepatkan proses logistik,” katanya. 

Terdahulu, media sebelum ini melaporkan LPK telah melaksanakan langkah-langkah pengurangan kesesakan bermula 1 Januari lalu termasuk Westports mewujudkan ruang tambahan simpanan kontena termasuk kontena kargo sejuk dan pihak penerima diarah mempercepatkan proses pengambilan kontena iaitu dalam tempoh 24 jam selepas ‘gate pass’ dikeluarkan. 

Selain itu, caj ‘sales of special services’ (SSR) turut dikecualikan sekiranya kontena kosong untuk dieksport yang berada di yad pelabuhan ditukar status untuk kegunaan tempatan bagi mengurangkan lambakan kontena.  -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.