PUTRAJAYA: Petugas imigresen yang terlibat dalam kawalan pesakit Covid-19 di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) didakwa mengalami tekanan ekoran kekurangan kakitangan bertugas. Bercakap kepada Utusan Malaysia, sumber berkata, jumlah pesakit Covid-19 yang tinggi menyebabkan keupayaan pegawai Imigresen tidak mampu memenuhi garis panduan penguatkuasaan membabitkan pendatang asing tanpa izin (PATI). Katanya, mengikut kaedah yang ditetapkan, sepatutnya dua pegawai mengawal seorang PATI, tetapi di sini seorang…