GEORGETOWN: Kerajaan perlu memastikan prosedur operasi standard (SOP) untuk mencegah penularan wabak Covid-19 dipatuhi oleh semua pihak terutama sektor perkilangan sekiranya mahu melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Pulau Pinang, Khoo Boon Lim berkata, walaupun PKP bukan satu berita baik untuk pemain industri pelancongan, mereka akan bekerjasama dengan kerajaan bagi memastikan lekuk penularan Covid-19 dapat diratakan. “Tetapi pihak berkuasa kena betul-betul tegas, pastikan semua…