SUNGAI PETANI: Pantai peranginan terkenal di negeri ini, Pantai Merdeka di Kota Kuala Muda kebiasaannya meriah dengan kehadiran pengunjung terutama pada hujung minggu, namun kini suasana sunyi berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kedah yang bermula sejak Rabu lalu. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, bilangan pengunjung berkurangan manakala kebanyakan gerai jualan dan kedai makanan pula ditutup. Penyelamat Pantai, Koperal (PA) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Mohd. Amin Mahamud berkata, bilangan…










