Pahang catat lebih 14,390 mangsa banjir setakat pukul 6 petang

Pahang catat lebih 14,390 mangsa banjir

PASUKAN penyelamat menggunakan bot membawa mangsa banjir ke PPS di Temerloh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Jumlah mangsa banjir di Pahang mencecah 14,390 orang setakat pukul 6 petang ini berbanding 9,000 sebelah paginya. 

Peningkatan itu menyaksikan pertambahan daripada 2,900 kepada lebih 3,683 keluarga yang ditempatkan di 200 pusat pemindahan sementara (PPS).

Maran masih mencatat bilangan mangsa terbanyak iaitu lebih 4,480 orang melibatkan 1,118 keluarga yang ditempatkan di 32 PPS.

Kuantan pula mencatat kedua terbanyak iaitu lebih 3,300 orang mangsa membabitkan 892 keluarga yang dipindahkan ke 31 PPS.

Sementara itu, Raub merekodkan 1,688 mangsa di 46 PPS membabitkan 477 keluarga, diikuti Jerantut dengan 1,717 mangsa daripada 372 keluarga di 30 PPS.

Lipis pula 1,122 mangsa melibatkan 285 keluarga yang kini dipindahkan ke 25 PPS, manakala Temerloh merekodkan 904 orang daripada 236 keluarga di 17 PPS.

Daerah Rompin pula 772 mangsa (207 keluarga) di sembilan PPS, diikuti Bentong 205 orang (53 keluarga) di tiga PPS serta Pekan 193 mangsa membabitkan 44 keluarga di enam PPS.

Bilangan mangsa dijangka terus meningkat berikutan paras sungai-sungai utama tidak menunjukkan tanda-tanda surut meskipun cuaca hari ini bertambah baik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya