Ops Murni: TUDM gerak helikopter hantar makanan ke kawasan Ulu Tembeling - Utusan Malaysia

Ops Murni: TUDM gerak helikopter hantar makanan ke kawasan Ulu Tembeling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua buah helikopter Tentera Udara Malaysia (TUDM) diaturgerak bagi melaksanakan penghantaran bekalan makanan dan keperluan asas ke kawasan pedalaman Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang termasuk perkampungan orang asli yang terputus hubungan akibat banjir semalam.

Helikopter EC 725 AP dari No. 10 Skuadron telah melaksanakan penugasan OP Murni bermula jam 11 pagi dan selesai sepenuhya pada jam petang melibatkan penghantaran ke lima kawasan yang terjejas iaitu SK Kampung Bantal, SK Kampung Kuala Sat, Padang Awam Mat Daling, Padang Tapak Kilang Kampung Pagi dan Kampung Gusai.

Operasi yang diketuai oleh Pegawai Memerintah No. 10 Skuadron, Lt Kol Muhammad Fazri Md Zin melaksanakan penghantaran bekalan makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seberat lima tan yang diambil di tempat pengumpulan barang bantuan di Padang Bola FA Jerantut. Seramai 16 orang anak kapal terlibat menjayakan misi itu melibatkan enam penghantaran.


Dalam satu kenyataan semalam, TUDM berkata, walaupun berhadapan dengan cabaran keadaan cuaca yang tidak menentu ia tidak menjadi penghalang dalam meneruskan tanggungjawab menjaga kebajikan rakyat yang terjejas disebabkan bencana alam yang berlaku.

TUDM turut melahirkan penghargaan kepada Tentera Darat Malaysia (TDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta pihak-pihak yang turut terlibat dalam menjayakan proses penghantaran bekalan makanan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya