Operasi pengangkutan awam darat dijamin patuh SOP - Utusan Malaysia

Operasi pengangkutan awam darat dijamin patuh SOP

WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan sentiasa memantau pengoperasian harian bagi segala jenis perkhidmatan pengangkutan awam darat di seluruh negara.

Jaminan tersebut diberikan oleh Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di kebanyakan negeri bermula pada 13 Januari lalu.

“Ini bagi memastikan setiap prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi termasuk oleh operator dan pengendali perkhidmatan itu,” katanya menerusi hantaran dalam akaun Facebook beliau, hari ini.

Ujar beliau, kementerian itu bersama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) tetap konsisten memantau pematuhan SOP para pengguna ketika menggunakan perkhidmatan.

Ka Siong juga menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP ditetapkan seperti pemakaian pelitup muka, penggunaan cecair basmi kuman dan jaga jarak fizikal selagi boleh.

“Paling utama, kita akan berusaha memastikan kapasiti penumpang tidak terlalu padat serta merisikokan orang ramai yang menggunakan pengangkutan awam tersebut, “ jelasnya lagi.

Beliau turut berkongsi pengalaman ketika PKP 1.0 mulai 18 Mac tahun lalu selama dua bulan menyaksikan kadar penumpang perkhidmatan bas dan rel juga menurun secara mendadak.

Namun, kerajaan katanya, tetap meneruskan operasi pengangkutan awam darat kerana ia merupakan mod utama bagi pergerakan rakyat Malaysia khususnya dari golongan B40.

“Lebih-lebih lagi, ketika mereka mahu keluar dari rumah untuk pergi mendapatkan pelbagai barangan keperluan asas di luar sepanjang tempoh PKP itu berlangsung,” tambah Ka Siong.

Justeru, beliau menyeru semua pihak bersama memainkan peranan dengan mengamalkan norma baharu dalam kehidupan dan memutuskan rantaian penularan pandemik Covid-19.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya